DERMAGS CUSTOMER GET CUSTOMER PROGRAMME
Program ini adalah untuk semua stokis dan dropship dermags dibawah bimbingan Poknik
.
LATAR BELAKANG
.
  • ·         Asas kepada program ini ialah supaya pelanggan sediaada membawa pelanggan baru kepada ejen dan stokis dermags.
  • ·         Insentif untuk pelanggan baru ialah Diskaun 5% ( pembelian pertama sahaja)
  • ·         Insentif untuk pelanggan sediada (referrer) ialah komisen 5% dari jualan yang dibawanya.
  • ·         Semua komisen ini adalah ditanggung oleh stokis dan ejen yang terlibat.
  • ·         Semua pelanggan yang masuk melalui program ini tetap akan menerima sistem point yang ditanggung oleh HQ Kota Bharu
  • ·         Komisen ejen dropship kekal pada 15% dan sebagai bantuan, setiap jualan ejen dropship yang masuk melalui program referral ini akan menerima insentif komisen 5% dari stokis masing-masing

.
KAEDAH PERLAKSANAAN
.
  • ·         Stokis dan ejen tempah kad referrer pada kos RM80.00 untuk 1000 copy (termasuk penghantaran)
  • ·        Sila hubungi En Faissal untuk membuat tempahan 0 17-790 8010
  • ·         Design kad telah poknik buat pembayaran, stokis hanya bayar kos kad sahaja
  • ·         Muka depan kad akan ada maklumat stokis dan logo dermags
  • ·         Muka belakang kad akan

o   tertera maklumat 5% diskaun untuk pembelian pertama
o   mempunyai ruang untuk menulis maklumat referrer (pelanggan)
o   referrer ditakrifkan sebagai pelanggan dermags yang membawa pelanggan baru kepada stokis
  • ·         Apabila stokis / ejen membuat jualan, mereka perlu memberikan 10 keping kad ini kepada  pelanggan mereka.
  • ·         Stokis juga perlu  berjumpa dengan semua pelanggan sedia ada mereka dan memberikan 10 keping kad seorang supaya mereka dapat membawa pelanggan baru untuk stokis
  • ·         Minta pelanggan  mereka tadi menulis nama dalam ruangan referrer
  • ·         Maklumkan pada mereka bahawa jika kawan mereka menghubungi stokis/ejen untuk  membuat pembelian, mereka akan menerima komisen 5% dan rakan mereka akan menerima diskaun untuk pembelian pertama sebanyak 5% juga.
  • ·         Mereka hanya perlu menyerahkan kad referrer tersebut pada stokis/ ejen untuk tindakan selanjutnya.
  • ·         Pelanggan / referrer perlu menulis nama mereka di dalam ruangan yang disediakan supaya stokis boleh menyediakan komisen untuk referrer tersebut
  • ·         Mana2 pelanggan baru yang membuat pembelian pertama dengan memberikan kad tersebut akan menerima diskaun 5%
  • ·         Komisen 5% ini adalah berdasarkan harga penuh produk tersebut.
  • ·         Stokis / ejen boleh memastikan bahawa itu memang pembelian pertama dengan memeriksa didalam sistem jika perlu
  • ·         Apabila pelanggan baru datang membuat pembelian dengan kad tersebut, pelanggan tersebut juga perlu diberikan 10 keping kad juga
  • ·         Jika pelanggan tersebut telah kehabisan 10 kad tersebut, tawarkan kepada mereka untuk jadi dropship dibawah stokis
  • ·         Jika pelanggan kepada ejen dropship yang berjaya menghabisan 10 keping kad tersebut, adalah dicadangkan kepada ejen dropship tersebut untuk upgrade kepada stokis dan menjadikan pelanggan tersebut sebagai ejen dropship mereka.

.
PELANGGAN ONLINE
.
  • ·         Pelanggn online juga perlu dilibatkan untuk program ini
  • ·         Mereka hanya perlu meminta pelanggan baru mereka untuk menghantar gambar kad melalui whatsapp kepada stokis / ejen
  • ·         Stokis / ejen boleh broadcast tawaran ini kepada pelanggan online sedia ada juga
    .
  • ·         Kad referrer kosong (untuk dihantar melalui wassap) boleh di download di sini >> kad referral online >>>  https://drive.google.com/open?id=0B8TPQ_j6my0jcTgteXNub2ktNm4ybUJ6TWFXZDN5bGxFR2gw
    .
  • ·         Bila sudah close, atau dalam proses close terangkan bahawa kita ada program referral
  • ·         Jika mereka mahu join program referral, mereka akan dapat 5% diskaun dan ejen akan bagi kad untuk dia agihkan kepada kenalan
  • ·         Ejen perlu edit image file ini dengan melakukan 2 perkara sebelum share kad ini kepada pelanggan
  • o   edit masukkan nama ejen di muka depan kad
  • o   edit masukkan nama pelanggan / referrer di muka belakang
  • ·         mana2 prospek yang menghubungi ejen dengan attach kad ini dalam wasap / email / fb messenger adalah merupakan referral dari pelanggan mereka.
  • ·         Sila jual dengan diskaun 5% dan edit image file untuk pelanggan baru itu pula
  • ·         Sila catat komisen yang referrar itu layak dapat dari jualan tersebut
  • ·         Kontek referrer dan maklumkan berita baik kepada beliau dan bank in komisen kepada referrer tersebut
  • ·         SILA AMANAH
  • ·         SILA AMANAH
  • ·         SILA AMANAH
    .

.
VIDEO PENERANGAN
Tonton video ini untuk lebih memahami sistem ini
.



.
RASIONAL PELAKSANAAN PROGRAM
.
  • ·         Kos untuk mendapatkan seorang pelanggan semakin hari semakin tinggi
  • ·         Secara purata, kos untuk mendapatkan pelanggan sekarang ini berada pada kadar RM92.00 utuk seorang customer
  • ·         Melalui program ini, kos mendapatkan pelanggan berada pada kadar 10% dari harga produk.
  • ·         Jika produk yang dibeli berjumlah RM500, kos mendapatkan pelanggan tersebut hanyalah RM50 dan program ini akan membuka jalan kepada kenalan mereka.
  • ·         Kita juga akan dapat mengenalpasti individu yang berpotensi untuk dijadikan ejen berkualiti
  • ·         Seandainya mereka dapat menghabiskan 10 keping kad, maka mereka memang patut ditawarkan jadi ejen.
  • ·         Tawarkan kepada mereka untuk menjadi dropship anda
  • ·         Secara average (mengikut kajian) seseorang individu mempunyai rangkain 250 orang yang dekat dengannya, maka kita perlu memudahkan proses referral ini
  • ·         Stokis perlu mempunyai rekod jumlah pelanggan yang anda ada
  • ·         Jumlah pelanggan ini perlu di update setiap bulan supaya anda tahu samada anda mendekati matlamat 1000 pelanggan ataupun tidak.
  • .

FAQ – SOALAN LAZIM
.
·         Bagaimana cara stokis/ejen  beri 5% komisen kpd referrer?
referrer akan bagi kad kepada kawan2 beliau. Kawan beliau ni kita akan panggil pelanggan baru.
bila pelanggan baru datang beli barang bawa kad referrer - stokis akan beri 5% welcome discount
Stokis / ejen perlu key in maklumat pelanggan baru dalam sistem - ini untuk elak penipuan bila dia cuba jadi customer baru dengan stokis lain
stokis/ejen perlu simpan kad tersebut dan tulis jumlah pembelian untuk kira komisen 5% kepada referrer
stokis/ejen boleh uruskan pembayaran komisen kepada referrer tadi ikut man2 cara yang dia suka.
pastikan kontek referrer untuk maklumkan kawan dia datang beli barang. Nanti dia happy dan bersemangat untuk refer kawan2 yang lain pula
.
·         Adakah bila dapat kad referrer, kita kena beri kepada semua customer kita?
Adakah pembeli sedia ada boleh mendapatkn diskaun 5% tu
Ya. patut bagi untuk pembelian dia seterusnya. Tapi sekali sahaja. Nyatakan sebagai insentif untuk masuk program referrer. Pastikan bagi 10 keping kad kepada dia
sebab kita nak suruh dia kenalkan kawan2 dia.
jangan risau pasal kos, poknik dah kira.
.
·         Bagaimana bentuk komisen kepada referrer dan kepada pelanggan baru?
kepada referrer kita bagi rm
kepada pelanggan baru kita bagi diskaun
.
·         Adakah program ni juga boleh guna kpd kastemer lama sbg cara follow up
yes, semua customer sebaiknya dilibatkan
.
·         Total % pelangan baru referral program
A.10% point dscount - hq tanggung
B. 5% welcome discount c. 5% komisen referral -  stokis/ejen tanggung
Total 20% = komisen dropship yg baru - betul - effective 1 april
If ada dropship pakai kad referral, boleh ke? please libatkan ejen drophsip dalam program ini
.
·         Komisyen refferal cuma tertakluk pada 10 Kad ja kan poknik? Selepas tu tiada pertambahan Kad. Komisyen dpt hanya dr pembeli yg dtg dr 10 Kad ni saja.
Tak. Selagi mana dia bawak new customer, selagi tu dia dapat
Hingga dia habis 10 kad, kita boleh
1- Bagi kad lagi atau
2. Offer jadi ejen - poknik cadangkan hadiahkan 1000 keping kad kepada dia, rm80 investment
.
·         Sistem ni ada unsur macam MLM ke poknik? 😅
Xde kak. Ini namanya referral marketing
.
·         Perlu tak kita tanya pd customer sama ada dia nak join referral programme atau tak? Kot dia tak berminat, macam membazir pulak bagi 10 keping kad pd dia.
Bagi aje kak. 10 keping kad = 8 sen
.
Bagaimana jika pelanggan tu mula-mula buat program referral dengan ejen A, lepas tu lompat ke ejen B pula untuk buat referral kerana nak dapatkan 5% diskaun?
keadaan ini tak akan terjadi sebab ejen perlu membuat tagging dalam system yang menunjukkan bahawa pelanggan itu sudah menerima diskaun 5% beliau. Jika ejen telah pun memberi diskaun 5% tanpa terlebih dahulu merujuk sistem, maka itu adalah kesilapan ejen sendiri.
.
Bagaimana jika pelanggan tersebut mendaftar dengan nama orang lain supaya dia boleh menerima diskaun 5% berulang kali?
Jika pelanggan berbuat begini, beliau akan rugi dalam sistem point yang sebenarnya merupakan diskaun 10%

Adakah pelanggan sedia ada layak mendapat diskaun 5% ini juga?
Semua pelanggan layak mendapat diskaun 5%   SEKALI SEUMUR HIDUP.  Pelanggn baru akan menerima diskaun 5% untuk pembelian pertama kali sahaja. Manakala pelanggan lama akan menerima 5% diskaun untuk pembelian pertama mereka selepas tarikh 1 April 2018.

Apa saya perlu buat apabila memberikan diskaun 5% kepada pelanggan saya?
Ejen perlu merekodkan didalam sistem bahawasanya pelanggan mereka telahpun menerima diskaun 5% supaya mereka tidak menerima diskaun ini berulangkali.

Ejen perlu memeriksa terlebih dahulu samada pelanggan telah menerima diskaun ini ataupun tidak dengan merujuk kepada sistem. Jika Ejen tersilap memberi diskaun kerana tidak merujuk kepada sistem, silap tersebut ialah kesilapan ejen.

Sila rujuk gambar dibawah untuk melihat kaedah memasukkan maklumat didalam sistem



Ejen perlu update kepada "YES" apabila memberi insentif 5%

Comments

  1. Sangat membantu.study dan rekod betul2. Laluan dah ada, kasi jalan je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SOP TEMPAHAN PRODUK

POLISI PENUKARAN STOKIS OLEH EJEN DROPSHIP

SOP EJEN DROPSHIP ORDER BARANG