SOP EJEN DROPSHIP ORDER BARANG



SOP EJEN DROPSHIP ORDER STOK


  1. Semua pembelian produk oleh ejen dropship perlu melalui stokis masing masing
  2. Stokis sila pastikan stok adalah mencukupi untuk mampu servis ejen dropship
  3. Semua pembayaran untuk stok oleh ejen dropship perlu dijelaskan kepada stokis masing masing
  4. Jika stokis kehabisan stok dan ejen dropship sudah membuat pembelian, stokis boleh menggunakan servis pack and post oleh hq untuk menghantar barang kepada ejen dropship
    1. Ejen dropship akan membayar kepada stokis mengikut struktur harga ejen dropship
    2. Stokis akan membayar kepada HQ dengan struktur harga stokis
  5. Jika ejen dropship mahukan COD dan stokis kehabisan stok
    1. stokis perlu menghubungi stokis terdekat yang lain utuk mendapatkan stok
    2. stokis boleh meminjam stok dari stokis lain dahulu dan menggantikannya kemudian jika stokis terdekat tersebut bersetuju
    3. Stokis serahkan produk kepada ejen dropship
    4. Kos mendapatkan produk dari stokis terdekat adalah tertanggung kepada stokis yang kehabisan stok
    5. stokis dinasihatkan supaya sentiasa ada produk mencukupi untuk servis ejen dropship
    6. ejen dropship dinasihatkan untuk menukar kepada stokis lain jika masalah kehabisan stok berlaku dengan kerap
  6. Jika ejen dropship berjaya mendapatkan pelanggan
    1. Jika pelanggan ingin cod
      1. ejen drophsip boleh menghantar produk yang sedia ada ditangan kepada pelanggan
      2. jika ejen dropship tiada produk di tangan, ejen perlu pergi ambil produk dengan stokis terlebih dahulu
      3. ejen drophsip tidak dibenarkan berhutang dengan stokis
      4. Stokis tidak dibenarkan memberi hutang kepada ejen dropship
      5. kos mengambil produk perlu ditanggung oleh ejen dropship
      6. semua urusan adalah dalam tunai
      7. Setelah membuat pembayaran, ejen dropship boleh pergi menyerahkan produk kepada pelanggan dan mengambil bayaran 
      8. Kos penghantaran perlu di tanggung oleh pengguna
      9. semua pembelian MESTI di key in di dalam sistem supaya pelanggan akan menerima loyalty point
    2. Jika pelanggan adalah pelanggan online
      1. Jika ejen dropship sudah ada produk ditangan, ejen boleh terus pos pada pelanggan
      2. Jika ejen dropship tiada produk ditangan
        1. buat order dengan stokis
        2. key in maklumat pelanggan supaya pelanggan terima loyalty point
        3. bank in ke akaun stokis bersama dengan kos pengeposan
        4. stokis pos kepada pelanggan
        5. pastikan pembungkusan adalah cukup tebal supaya produk tidak pecah dalam perjalanan
        6. Jika produk pecah, ia adalah tanggungan stokis kerana ejen drophsip tidak ada kaitan dalam urusan ini walaupun ia adalah pelanggan kepada ejen dropship
        7. Stokis boleh menggunakan perkhidmatan pack and pos hq jika stok tak cukup atau pun ada kekangan masa untuk mengepos
      3. HQ tidak akan berurusan secara terus dengan ejen dropship. Hanya stokis yang boleh menggunakan perkhidmatan pack and pos

Comments

Popular posts from this blog

SOP TEMPAHAN PRODUK

POLISI PENUKARAN STOKIS OLEH EJEN DROPSHIP